perpisahan

Sewaktu mula-mula melangkah ke sekolah, hari terakhir yang kita nantikan. Masuk darjah satu, kita mahu cepat-cepat berada dalam darjah enam. Ambil UPSR dan masuk sekolah menengah pula.

Daripada sekolah menengah mahu cepat2 ambil PMR, ambil SPM. Habis sekolah menengah boleh masuk universiti dan ambil ijazah. Ijazah pun mahu cepat2 juga. Sebab lepas tu nak kerja.


Itu awalnya. Waktu mula2 masuk. Waktu mula2 darjah satu, darjah tiga, tingkatan dua, tingkatan 5 . masa awal2 betapa kita berharap pembelajaran tahun tu berakhir cepat2. lagi cepat lagi seronok.


Tapi apabila sudah dekat hendak cuti akhir tahun, dekat cuti semester, kita rase lain pula. Nanti kita akan tukar kelas, tukar sekolah, bertukar semuanya mungkin. Kawan yang selama ini ada depan mata, akan hilang entah kemana. Semua akan berubah.


Tiba-tiba kita rasa rindu. Rindu pada masa yang lalu yang tak akan kembali. Rindu pada masa muda yang pergi. Kita berasa sedih. Sedih dengan teman yang bakal meninggalkan kita. Sedih mengenangkan hidup ni terlalu singkat dan betapa terlalu banyak yang kita sudah bazirkan.


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.


Hukum ni memang dikira kejam. Berapa banyak airmata tumpah kerana perpisahan.


Alangkah indahnya dunia sekiranya tak perlu berpisah.selamanya bersama.




Pepatah jepun mengatakan " kita bertemu untuk berpisah. Kita berpisah untuk bertemu."

Apabila yang ada boleh hilang barulah terasa nikmat memiliki. Barulah dihargai setiap yang diberi. Tutur kata dijaga, tingkah laku diperlihara, kerana tersilap langkah, boleh hilang apa didepan mata.


Oleh sebab hidup ini adalah suatu perjalanan, kita sebagai manusia tak boleh pegun. Tak bergerak. Kita mesti terus maju kehadapan. Tidak mundur. Apabila kita bergerak pasti ada yang kita tinggalkan.


Apabila berpisah dengan hal yang lama barulah kita akan bertemu dengan yang baru.sekiranya kita tidak mahu berpisah, selamanya kita kekal begitu; tak berubah, tak bergerak, kita tak akan temui atau dapat benda yang baru.


Ingatlah mati itu perpisahan yang terakhir. Tak ada lagi perpisahan selepas tu. Yang ada Cuma pertemuan yang akan terus berkekalan.


Matilah perpisan yang paling dasyat. Perpisahan jiwa dan jasad.pepisahan yang mengakhiri semua pertemuan . membunuh semua hubungan.


Kita mati untuk bertemu tuhan . hanya yang mati akan bertemu tuhan .


Sekiranya di akademi kehidupan kita sudah manfaatkan masa muda dengan baik, maka senyumlah.

Kita pasti bertemu tuhan.