Cerita Tentang Perpisahan

Waktu kecil dulu,tak sabar rasanya nak jadi besar.
mula-mula melangkah ke sekolah, hari terakhir yang kita nantikan. Masuk darjah 1, kita nak cepat2 berada dalam darjah 6. Ambil UPSR dan masuk sekolah menengah pula.
Daripada sekolah menengah nak cepat2 ambil PMR, ambil SPM. Habis sekolah menengah boleh masuk universiti dan ambil ijazah. Ijazah pun nak cepat2 juga. Sebab lepas tu nak kerja.



Itu awalnya. Waktu mula2 masuk. Waktu mula2 darjah 1, darjah 3, tingkatan 2, tingkatan 5 . masa awal2 betapa kita berharap pembelajaran tahun tu berakhir cepat2. lagi cepat lagi seronok.

Tapi bila dah nak dekat cuti akhir tahun, dekat cuti semester, kita rase lain pula. Nanti kita kena tukar kelas, tukar sekolah, kemungkinan tukar semuanya. Kawan yang selama ini ada depan mata, akan hilang entah kemana. Semua akan berubah, Semua dah tak sama macam dulu.

Tiba-tiba kita rasa rindu. Rindu masa lalu yang tak kan kembali. Rindu pada masa muda yang pergi. Kita rasa sedih. Sedih dengan teman yang bakal meninggalkan kita. Sedih bila terpaksa berpisah dengan orang yang kita sayang. Sedih mengenangkan hidup ni terlalu singkat dan betapa banyak masa yang kita dah bazirkan.

Aku paling rindukan zaman sekolah dan zaman kolej dulu.
Kepada yang masih bersekolah tu,jangan cakap sekolah tu bosan.. Zaman persekolahan adalah era yang paling seronok bagi aku.

Aku rindukan semua kenangan lalu, Dan aku tak pernah lupakan semua.Semuanya terlalu manis........................ Untuk dilupakan..


" kita bertemu untuk berpisah. Kita berpisah untuk bertemu."