Blog Nampak Professional?

Macam mana nak buat blog nampak macam professional? senang je,
korang kena siapkan bahan-bahannya dahulu..
1.tiga biji bawang merah
2.satu kelapa parut
3.secebis kasih sayang
4.sehelai usaha
wakahakahkahakah :lol:
anda adalah sehelai kertas(ingat tak ayat ni?)



ok,back to the topic..
aku bukannya nak ajar macam mana nak buat blog korang nampak professional atau jadikan korang blogger professional mahupun juga seorang professor.
cuma nak berkongsi dengan korang tentang 1 blog hosting yang menampakkan blog korang ni macam professional.

tapi jangan salah faham,bukannya sign up terus jadi professional.
tolong faham ayat aku. “nampak macam professional”.
dari segi apa?
posting? template? widgets? kak,nasi goreng 1?
opss,dah lari tajuk nampaknya.
sebenarnya cuma dari segi domainnya.
atau subdomainlah senang cerita.
domain dia memang best,
memang khas untuk bloggers.
blog.com
http://c0404231.cdn.cloudfiles.rackspacecloud.com/4d055c62743a35c403abf9274779f32f

ini contoh dia..
www.dhiyafaris.blog.com
nampak kan?
macam pakai domain sendiri je.
padahal subdomain je.
untuk pengetahuan korang,
blog.com ni menggunakan wordpress dan setiap user akan dapat 2GB space.
rasanya 2GB tu dah cukup untuk blogging.
dan dalam 1 akaun,korang boleh buat banyak blog,unlimited.
samalah macam belogsepot tu.. kan?
siapa yang nakkan kelainan,boleh la try guna blog.com ni
nampaklah macam pro sikit
dan takde lah asyik belogsepot je.
aku pun tak faham,kenapa lah budak-budak sekarang ni
suka sangat dengan belogsepot.
bila cakap pasal blog,mesti belogsepot.
tapi bukannya aku cakap belogsepot ni tak bagus..
aku dulu pun guna belogsepot,
cuma aku tengok macam diorang cuma tertumpu pada benda tu je..
wordpress kan ada.. livejournal, weebly, thoughts, macam-macam lagi lah..
tapi tak kisah lah kan?
asalkan korang enjoy.
ini ada lagi contoh blog.com
(semua akaun aku) :wink:

www.inisayapunya.blog.com
www.getbackmy.blog.com
www.jombuat.blog.com
www.lets.blog.com
www.killthis.blog.com
www.ilovethis.blog.com
www.ilovemy.blog.com
www.ohblog.blog.com
www.sayasayang.blog.com
www.iloveto.blog.com
www.ihateyour.blog.com


ahahaha..
best kan?
tapi semua aku dah sebat!
ok lah,tu je kot aku nak kongsi.
lunch time!!
babai..