Bulletin Myspace

“aq on9″
“aq off9″
Apa itu? Aku onsemiblan? Aku offsembilan? Oooo.. Aku online, aku offline… Sekolah mana ajar diorang eja aku tu aq? Bengong… On9 off9 tu aku fahamlah, short form..
Aku cukup menyampah tahap bangsat bila aku buka myspace kat bulletin tu ada announcement nak bagitahu umum yang diri tu tengah online atau nak offline.

Penat jer si Tom tu buat signal kelap-kelip yang memudahkan orang tahu kau tu tengah online atau offline. Tak payah penat-penat, mengada-ngada nak taip announcement dalam bulletin dah. (Yang gatal pi off signal online/offline dalam setting page buat apa? bodoh!)
Lagipun kau tu siapa yang nak bagitahu umum kau tu tengah offline atau nak offline? Perdana menteri? Lawyer? Arkitel? Majistret? Cisss… Tak ada kepentingan pada negara pun kau offline ke online
Another one…

“comment mah pix plish”
Apa itu? OoooOo… Ejaan manja untuk comment my picture please. Eeee.. Geli jer ejaan macam tu. Bajet manja lah? Terajang kang…
Betul, aku memang rasa nak terajang jer mamat/minah yang menyemakkan bulletin mintak kena puji. Maksud aku, tulis bulletin semata-mata nak suruh orang komen gambar-gambar dia. Adoiyaiii…
Taulah hot, cantik, comel, handsome, jambu, bergaya tapi tak payahlah buat diri tu nampak murah sampai buat publisiti mengemis sebegitu. Otomatik jadi tak hot, tak cantik, tak comel, tak handsome, tak jambu, tak bergaya… Jadi muka tembok tak malu terhegeh-hegej mintak kena puji adalah!
(Kadang-kadang orang macam ni tak cukup kat bulletin, kat comment page pun mintak orang komen gambar diorang… Bila komen gambar orang pun berharap/mintak orang komen gambar dia balik. Apa kes?)
Memanglah aku sendiri kadang-kadang menyemak ulang benda, subjek yang sama dalam bulletin sampai 8-10 kali tapi tujuan aku suruh orang baca perkara-perkara yang agak OK untuk dibaca atau perlu dibaca atau promosi. Nama pun bulletin kan?
Bulletin = berita BUKANNYA announcement (pengumuman)… NGOK!