Aziz Sattar meninggal dunia



Seniman negara, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia pada 6 Mei 2014 kira-kira jam 2 pagi akibat penyakit jantung di Hospital Kajang.

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.


"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung.
Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital,"

Antara lakonan Allahyarham ialah Seniman Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang dan pelbagai lagi menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.



AL-FATIHAH