Sharifah Aini Meninggal Dunia


5 JUL: Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih dikenali sebagai Kak Pah disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Damansara, jam 1.26 pagi tadi.



Allahyarham yang menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006 itu dimasukkan ke pusat rawatan berkenaan oleh anaknya, Aliff Omar ekoran kesukaran bernafas awal pagi, 30 Jun lalu.
Kak Pah mula menjadi artis selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam, sebelum disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Kak Pah berjaya mengukir nama dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan syarikat rakaman dan memiliki 135 album.
Al-Fatihah

Sumber : selangorku.com